Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Menara Berkembar Petronas - KLCC
Menara Berkembar Petronas ialah sepasang bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur. Struktur jejantas atau Skybridge yang menghubungi 2 menara berkembar tersebut terletak di Tingkat 41 daripada 88 tingkat. Terdapat sebuah pusat membeli-belah besebelahan menara ini yang dikenali sebagai Suri KLCC. Selain itu, di aras empat terdapat Petrosains, sebuah pusat pameran penerokaan sains dan petroleum sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari http://www.petrosains.com.my/
Pusat Konvensyen KLCC terletak berhampiran dengan Suria KLCC yang dihubungkan melalui laluan bawah tanah. Di pusat Konvensyen KLCC juga terdapat sebuah pusat pameran dan penerokaan alam Aquaria yang dibina khusus sebagai pusat pendidikan binatang dan hidupan marin. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari : http://www.aquariaklcc.com/
Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan terpenting di Kuala Lumpur. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India).
Antara kompleks membeli belah moden yang ada di sini adalah Sogo dan Maju Junction. Setiap hari Sabtu di antara pukul 5 petang ke 10 malam, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup untuk kenderaan bagi memberi ruang kepada pasar malam yang menawarkan pelbagai kain, tekstil, baju, barangan tempatan dan makanan pada harga yang menarik.
Muzium Negara
Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.
Uptown Danau Kota
Antara tempat menarik yang boleh dilawat pada malam minggu ialah Uptown (Bazaar Jualan) dan antara Uptown yang terkenal di Kula Lumpur ini adalah Uptown Danau Kota. Tarikan utama yang boleh dijumpai di uptown adalah aksesori telefon bimbit, baju kanak-kanak, jersi bola, vaporizer aksesori, barangan antik dan banyak lagi. Makanan yang dijual juga lazat dan beraneka jenis. Secara keseluruhan, suasana di Uptown Danau Kota perlu dialami secara sendiri.