Komuniti
Ringkasan
Perumahan Awam DBKL Desa Rejang terletak di dalam kawasan Setapak, Kuala Lumpur. Perjalan ke PA DBKL Desa Rejang mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki kereta dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Selain jalan raya, perkhidmatan awam seperti LRT juga merupakan akses terdekat ke PA DBKL Desa Rejang. PA DBKL Desa Rejang dibawah kawasan Parlimen P118, Setiawangsa.
Populasi
Jumlah penduduk PA DBKL Desa Rejang ialah seramai lebih kurang 5,000 orang dari pelbagai bangsa dan agama. PA DBKL Desa Rejang mempunyai 13 Blok.
Parlimen
Nama : YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : PH - PKR
Parlimen : P118
Kawasan : Setiawangsa
No. Telefon : 03-41314293
No. Fax : -
E-Mail : niknazmi@niknazmi.com
Alamat Surat-menyurat : No.10, Jalan 14/47, Jalan Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengerusi Persatuan Penduduk
Nama : Encik Mohd Noor bin Md. Tahir
Jawatan : Pengerusi Persatuan Penduduk PA DBKL Desa Rejang
Bidangkuasa/Kawasan : PA DBKL Desa Rejang
No Telefon: +60 17-318 0976
PUSAT KOMUNITI PERMATA PERKASA@remaja PERUMAHAN AWAM DESA REJANG
Persatuan ini menjalankan aktiviti dan mengajar kemahiran kepada komuniti setempat melalui kelas. Ahli kelab yang menyertai kelab ini akan mendapat sijil daripada Pusat pemerkasaan remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PERMATA dari Jabatan Perdana Menteri. Antara kelas yang dijalankan adalah seperti kelas vocal dn muzik, kelas fotografi dan kelas kek,coklat dan pastri.
Alamat: Aras Bawah, Blok F, Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-41319009
Pusat e-Rezeki Desa Rejang
Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian. Peserta eRezeki akan dipadankan dengan kerja-kerja digital bersesuaian dengan skil masing-masing.
Alamat: Blok E, Terminal Sejahtera Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, 54100, Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-41310887