Kelas ICT – Asas Microsoft Word (Individu)
29 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei 2022, PEDi PA DBKL Desa Rejang dikunjungi oleh Puan Rousnah, seorang Guru Pendidikan Khas yang ingin mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Word dan mengendalikan komputer dengan lebih terperinci bagi memudahkan beliau menyiapkan laporan bulanannya.
Sebelum ini, beliau terpaksa menggunakan komputer yang berada di pejabatnya secara bergilir-gilir dengan rakan sekerja yang lain, oleh sebab itu penggunaan komputer adalah terhad dan menyebabkan beliau kurang mahir dan lambat menyiapkan laporannya.
Dia telah berkunjung ke PEDi untuk meminta staf PEDi memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan komputer dan Microsoft Word dengan lebih mudah. Staf PEDi menerangkan fungsi-fungi serta memberikan bimbingan dalam menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office dan juga internet. Beliau yang sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer telah mempelajari asas penggunaan komputer yang betul dan juga dapat menyiapkan laporannya dengan lebih mudah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: