Kelas ICT – Asas Membina Resume (Individu)

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2022, PEDi PA DBKL Desa Rejang dikunjungi oleh Adik Amar, seorang graduan lepasan IPTA yang ingin mempelajari cara untuk membina resume yang menarik. Resume sangat penting dalam persiapan mencari pekerjaan. Justeru itu, pemilihan isi yang ingin dipaparkan dalam resume adalah penting bagi menarik minat majikan ketika temuduga berlangsung.

Dia telah berkunjung ke PEDi untuk meminta staf memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membina resume yang menarik dan mudah dipahami. Terlebih dahulu staf PEDi menerangkan fungsi-fungi serta memberikan bimbingan dalam menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office dan juga internet. Beliau, juga diberi pendedahan cara untuk membina resume dengan kemas dan tersusun. Pada akhir kelas, adik Amar dapat menghasilkan resume lengkap untuk permohonan kerjanya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali