Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

27 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pelancaran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bertempat di Bandar Bera, Pahang pada 21 November 2021 (Ahad).

PEDi yang dijenamakan semula daripada pusat internet komuniti sedia ada akan memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan dan membantu ekonomi rakyat. Ekonomi digital merupakan instrumen penting untuk negara menuju ke arah usaha pemulihan dan menjamin ketahanan masa depan ekonomi Malaysia. PEDi merupakan pusat yang dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan serta pelbagai program keusahawanan yang diperlukan oleh komuniti setempat agar mesra terhadap ekonomi digital.

Bagi mencapai hasrat tersebut, sebanyak 1,083 PEDi di seluruh negara akan dipertingkat dan dipergiatkan untuk melahirkan serta memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing, terutamanya masyarakat luar bandar.

Kerajaan yakin usaha ini bukan sahaja akan merapatkan jurang digital tetapi juga akan mencetuskan inovasi digital. Ini juga selari dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong oleh digital dan pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali