Jangan Sebar Kandungan Yang Boleh Undang Kemarahan Orang Awam

26 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan kandungan atau bahan yang berunsur kecaman terhadap sesebuah kumpulan, yang boleh menimbulkan kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam. Pada masa sama, orang ramai perlu melaporkan kepada pihak polis atau SKMM melalui portal ttps://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada aduanskmm@mcmc.gov.my sekiranya terjumpa akaun atau kandungan sedemikian untuk penelitian lanjut.

Sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali