Cara Check-Out dan Semak Status Vaksinasi di Mysejahtera

27 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 September 2021, PIK PA DBKL Desa Rejang telah berkongsi tutorial mengenai cara check-out dan semak status vaksinasi di Mysejahtera. Baru-baru ini, aplikasi MySejahtera menerima beberapa penambahbaikan seperti memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama aplikasi dan ia akan memudahkan pengguna untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.

Bagi menambah baik pengesanan kontak, butang 'daftar keluar' atau ‘check-out’ telah ditambah di MySejahtera dimana anda hanya perlu menekan butang tersebut apabila anda meninggalkan sesuatu lokasi.

Bagi kami ciri yang terbaru yang ditambahbaik ini merupakan salah satu daripada usaha untuk kita hidup dengan COVID-19 dalam norma baru dengan lebih mudah memandangkan tidak lama lagi kita akan memasuki fasa endemik yang dijangka bermula pada hujung bulan Oktober.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali