Kelas ICT – Asas Menggunakan Komputer (Individu)
24 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2021, PIK PA DBKL Desa Rejang dikunjungi oleh Adik Sharmila, seorang pelajar SMK Puteri Titiwangsa yang ingin mempelajari cara untuk menggunakan dan mengendalikan komputer. Adik Sharmila merupakan pelajar tingkatan 4 pada tahun ini dan masih lagi menjalani PdPR sehingga bulan April.
Sebelum ini, dia terpaksa menggunakan telefon pintar milik ibunya untuk membuat sebarang tugasan yang diberikan oleh guru melalui pelbagai medium atas talian. Disebabkan berlaku pertindihan waktu kelas dengan adiknya yang juga menjalani PdPR membuatkan dia berasa agak sukar untuk menjalankan PdPR di rumah yang hanya bergantung pada satu telefon pintar sahaja.
Dia telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk meminta staf PIK memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan komputer dan perisian yang terdapat di dalamnya. Staf PIK menerangkan fungsi-fungi serta memberikan bimbingan dalam menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office dan juga internet. Adik Sharmila yang sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer telah mempelajari asas penggunaan komputer yang betul dan juga dapat membuat tugasan sekolah dengan lebih mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: