Syarat dan Cara Mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara

23 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2021, PIK PA DBKL Desa Rejang telah menjalankan aktiviti ICT secara dalam talian berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan COVID-19 yang makin mencanak naik. PIK PA DBKL Desa Rejang telah berkongsi tutorial mengenai syarat dan cara untuk membuat permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara.

Bakul Prihatin Negara merupakan satu tindak balas proaktif yang dicetuskan YAB Perdana Menteri dalam usaha embantu rakyat yang terkesan dengan kemelut COVID-19. Tiada siapa yang tertinggal , Skuad Prihatin Negara kini bersedia untuk mengagihkan Bakul Prihatin Negara ke rumah-rumah pemohon. Kerajaan berharap mereka yang terkesan dapat disantuni segera dan dibantu dengan bekalan bahan makanan yang boleh dihidangkan buat setiap isi rumah.

Tutorial ringkas ini telah dimuat naik pada jam 10 pagi di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PA DBKL Desa Rejang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali