Program Klik Dengan Bijak
16 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKlik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: