Kaedah Meningkatkan Jualan Dengan Instagram Via StreamYard LIVE

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2020, telah berlangsungnya training “Kaedah Meningkatkan Jualan Dengan Instagram” yang berlangsung secara atas talian menggunakan perisian StreamyYard. Training atas talian ini diadakan untuk berkongsi kaedah bagi meningkatkan jualan di Instagram dengan berkesan dan mudah .

Selain menjadi media untuk berkongsi foto dan video yang popular, Instagram merupakan salah satu media sosial yang memainkan peranan penting bagi mereka yang menjalankan perniagaan. Ia bukan sahaja berguna kepada penjual barangan online, pekedai kecil, restoran, agensi pelancongan dan e-commerce sahaja, malah Instagram juga salah satu alat efektif untuk menonjolkan jenama sesebuah perniagaan.

Berikutan penularan COVID – 19 gelombang ketiga, Pusat Internet Komuniti PA DBKL Desa Rejang mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti atas talian bagi menberi info, pendidikan serta maklumat kepada masyarakat khususnya yang tinggal di Desa Rejang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali