Portal dan Aplikasi Semak Scammer Mule CCID
25 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniUntuk makluman, pada 07/10/2020 bertempat di Maktab PDRM KL, YDH DIG Dato’ Sri Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani telah membuat pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule.
Fungsi portal dan aplikasi ini adalah untuk orang awam membuat semakan terhadap No. Akaun Bank atau No. Telefon sebelum melakukan transaksi pembayaran kepada mana-mana pihak.
Dengan kemudahan ini, orang awam dapat mengetahui Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon yang pernah digunakan untuk kes-kes penipuan dan seterusnya dapat mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam pangkalan data PDRM:
- Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Pilih bahasa yang ditawarkan
- Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
- Untuk semak No Akaun Bank/No Telefon masukkan nombor yang anda ingin buat semakan penipuan online
- Pastikan pilih Kategori Akaun Bank/No Telefon
- Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
- Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
- Klik Semak Maklumat
- Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
- Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
Tiada Report Diperolehi
Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: