Kelas ICT- Microsoft Office: One Note
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2020 yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT – Microsoft Office: One Note iaitu membuat jadual harian bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 3 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Para Peserta merupakan pelajar tingkatan 1-3 dan darjah 4, 5 dan 6 yang mahir dan tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Melalui kelas ICT ini peserta yang ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kerja khusus menggunakan Microsoft Office Word.
Para Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft One Note seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Peserta juga diajar menggunakan internet untuk membuat carian di `Google` dan cara membuat email. Peserta dibantu oleh tenaga pengajar sehingga tugasan beliau selesai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: