Program Maxis eKelas 2019 (Penggal 2)

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 & 20 April yang lalu, telah berlangsung Program Maxis eKelas 2019 bagi minggu 9 bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Kelas telah diadakan selama 2 hari, bermula hari Jumaat petang sehingga pukul 6 petang pada hari Sabtu. Program eKelas ini menawarkan tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Pada 20 April, pelajar telah melakukan aktiviti didalam kumpulan untuk subjek Sains. Pelajar sangat bersemangat dan memberikan kerjasama dalam menjalankan `eksperimen` semasa kelas berlangsung. Hasil tugasan akan di muat naik ke laman Portal eKelas.Minggu ini merupakan minggu ulangkaji sebelum cuti semperna Bulan Ramadhan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali