Kelas ICT - Microsoft Office Word
16 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT - Microsoft Office Word bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 1 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Peserta merupakan suri rumah yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Peserta ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan untuk Persatuan Penduduk menggunakan Microsoft Office Word.
Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Word seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Peserta juga diajar menggunakan internet untuk membuat carian di `Google`. Peserta dibantu oleh pengajar sehingga tugasan beliau selesai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: