Kelas ICT - Microsoft Office Word
9 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT - Microsoft Office Word bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 1 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Peserta merupakan suri rumah yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Peserta ingin menggunakan komputer untuk menaip surat menggunakan Microsoft Office Word.
Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Word seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol , Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Peserta juga diajar menggunakan internet untuk membuat carian di `Google`. Peserta dibantu oleh pengajar sehingga terhasilnya sbuah surat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: