Kelas Asas Keusahawanan

11 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah diadakan pada 10 November yang lalu bersama peserta dari komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam bermula 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Peserta sangat berminat dalam dunia perniagaan dan ingin belajar cara-cara memulakan perniagaan dengan betul.

Kelas Asas Keusahawanan ini telah menggunakan modul dari Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet (Pi) Urban Poor dari Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Peserta tidak begitu terdedah dengan dunia teknologi masa kini, jadi pembelajaran agak perlahan untuk memastikan peserta mendapat ilmu yang diajar. Aktiviti mengeluarkan idea untuk menjalankan perniagaan diadakan untuk memberi perserta gambaran yang jelas tentang peniagaan yang akan dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali