Program Latihan Keusahawanan Pusat Internet (Urban Poor) Oleh Universiti Malaysia Kelantan
05 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniSetiap Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet wajib menyertai Program Latihan Keusahawanan Pusat Internet (urban poor) oleh Universiti Malaysia Kelantan. Modul keusahawanan yang dipelajari boleh digunakan untuk mengajar komuniti di PI masing-masing dan juga diaplikasi dalam pengurusan di PI.
Antara modul terbaru yang dipelajari adalah Modul pemasaran digital menggunakan FB & Instagram dan Modul Penyediaan Bajet (Aplikasi Microsoft Excel) yang disampaikan oleh tenaga pengajar dari Universiti Malaysia Kelantan. Program ini berlangsung selama 2 hari di Sani Hotel,Kuala Lumpur dan melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: