Kelas ICT - Gmail & Microsoft Office Word (Surat Rasmi)
21 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember yang lalu, telah berlangsung kelas ICT mendaftar akaun Gmail dan mempelajari cara membuat surat kiriman rasmi menggunakan Microsoft Office Word. Kelas telah diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Peserta mempunyai kemahiran menggunakan komputer tetapi tidak mahir menggunakan internet.
Staf telah memberi latihan menggunakan email untuk menghantar maklumat dan menerima maklumat. Selain itu, peserta juga belajar menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat kiriman tidak rasmi. Peserta diajar mengunakan fungsi – fungsi didalam Microsoft office word dan diberi latihan untuk menguji tahap kefahaman selepas pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: