Kelas ICT - Asas Komputer & Microsoft Office Word (Part 2)

26 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac yang lalu, telah berlangsung kelas asas komputer, internet dan Microsoft Office Word bersama ahli jawatan kuasa Persatuan PERJATI (OKU) dari komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Peserta merupakan ahli jawatan kuasa persatuan OKU yang mempunyai tugas untuk membuat laporan persatuan mereka tetapi menghadapi kesukaran kerana masing-masing tiada asas menggunakan komputer. Mereka telah mendapatkan bantuan staf PEDi untuk mengajar mereka asas menggunakan komputer dan Microsof Word. Mereka sangat berminat untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan melayari internet.

Untuk kelas siri 2 ini staff PEDi lebih memfokuskan mereka untuk membiasakan diri menggunakan komputer dengan memberi beberapa latihan asas yang dapat membantu mereka lebih mahir dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office Word

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali