Program Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Pengajian Tinggi 2022 (Parlimen Batu)

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022 (Ahad) jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang telah berlangsung Program Karnival Kerjaya, Keusahawanan & Pengajian Tinggi 2022 bagi Parlimen Batu bertempat di Dewan Komuniti PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Desa Rejang telah menerima jemputan ke program tersebut untuk bekerjasama dengan PEDi PPR Intan Baiduri selaku koleberasi rasmi bagi program tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik wong Kin Lun selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Turut hadir semasa perasmian Program adalah Insp. Ahmad Zikri bin Mohd Zalik selaku Ketua Polis Balai Jinjang & Encik Abdul Rahman bin Abdul Razak selaku Timbalan Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri bagi mewakili Dato’ Zariah binti Ali selaku Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri.

Pelbagai aktiviti dan latihan telah disediakan pihak PEDi kepada komuniti sekitar PPR Intan Baiduri dan Parlimen Batu melalui pembukaan booth kesedaran dan pusat operasi PEDi PPR Intan Baiduri yang bertempat didalam Dewan Komuniti PPR Intan Baiduri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali