Train The Trainer (TTT) – Penggunaan Asas Open Broadcaster Software (OBS) Studio

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari yang lalu, telah berlangsung Kursus Train The Trainer(TTT) yang bertajuk Penggunaan Asas OBS Studio. Semua Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dibawah kelolaan NERA (Malaysia) Sdn Bhd telah menghadiri kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Semenyih, Encik Anwar Bin Maso’od dan Nurul Anina Binti Dolah. Kursus telah berlangsung bermula jam 10.30 pagi sehingga 4.00 petang melalui platform Google Meet yang bertempat di PEDi masing-masing.

Antara topik-topik yang dibincangkan adalah :
a) Carian, muat turun dan install OBS
b) Pengenalan terhadap OBS
c) Setting OBS
d) Pengenalan mengenai Scenes
e) Pengenalan mengenai Sources
f) Penggunaan Green Screen
g) Penggunaan Virtual Camera
h) Jalinan/Sambungan OBS ke Google Meet, Zoom Meeting & SreamYard
i) Latihan & Pertanyaan
j) Maklum balas kursus

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali