Program Minggu Keusahawanan @ Selangor

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2020 yang lalu telah berlangsung Program Minggu Keusahawanan @ Selangor yang dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa (PKD) Paya Jaras. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 6 petang bertempat Mini RTC Paya Jaras. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pameran daripada pelbagai agensi kesihatan, kelas-kelas usahawan secara percuma seperti Bengkel Bine FREE Website, Seminar Proses Pensijilan Halal, Jakim, Seminar Bisnes 0 cost dan pelbagai lagi.

Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai jualan yang terdiri daripada usahawan kecil dan sederhana. Seramai lebih 200 orang komuniti yang hadir memeriahkan hari terbuka ini. Kesemua staf Urban Poor Wilayah Tengah terlibat untuk menjayakan Program Derma Darah Kg Kubu Gajah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di booth Pusat Internet untuk memberi kesedaran tentang keselamatan internet dan mempromosikan perkhimatan yang disediakan di Pusat Internet. Antaranya seperti Demostrasi 3D Printer, Kuiz Advokasi, Rapid Typing, Puzzle Hari Kemerdekaan, dan Mobile eWaste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali