Klik Dengan Bijak (KDB) : Penipuan Kewangan Via StreamYard LIVE

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2020, telah berlangsungnya talk Klik Dengan Bijak iaitu “Penipuan Kewangan” yang berlangsung secara atas talian menggunakan perisian StreamyYard. Talk atas talian ini diadakan untuk berkongsi pengetahuan serta kesedaran kepada semua masyarakat setempat bagi mengelakkan lebih ramai lagi masyarakat setempat yang tertipu.

Kelicikan penipuan kewangan atau scammer dalam talian semakin menjadi-jadi di negara ini. Walaupun banyak tangkapan dibuat, kes penipuan begini masih lagi berlaku dengan yang ditanggung mangsa ada kalanya mencecah jumlah simpanan sepanjang hayat mereka untuk persaraan.

Berikutan penularan COVID – 19 gelombang ketiga, Pusat Internet Komuniti PA DBKL Desa Rejang mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti atas talian bagi menberi info, pendidikan serta maklumat kepada masyarakat khususnya yang tinggal di Desa Rejang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali