Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus 2020)

24 November 2020 | Aktiviti Terkini

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang merupakan aktiviti setiap dekad, telah dilaksanakan sebanyak lima kali semenjak tahun 1970. Banci ke-6 akan bermula pada 7 Julai 2020 dengan memperkenalkan Malaysia Integrated Population Census System (MyIPCS) iaitu ke arah memodenkan MyCensus 2020. Sistem banci berpusat dan komprehensif ini, dengan peningkatan dan penambahbaikan ciri-ciri pembancian secara elektronik (e-Census), menyediakan satu rangka kerja bersepadu yang meliputi pengumpulan, analisa dan penyebaran data yang kompleks.

Oleh itu, pelaksanaan MyIPCS dalam Banci 2020 akan memberi manfaat kepada kedua-dua pengumpul data dan responden bagi memastikan semua penduduk diliputi. Soalan tambahan mengenai butiran perumahan, kesihatan, gaya hidup dan hubungan sosial juga dimasukkan di dalam Banci 2020 bagi memenuhi perubahan corak gaya hidup dalam masyarakat.

DOSM juga telah mengadaptasi pendekatan baru dengan memperkenalkan satu portal yang selamat, komprehensif dan interaktif untuk MyCensus 2020 (www.mycensus.gov.my) sebagai gerbang maklumat yang membekalkan banyak maklumat banci dalam bentuk infografik, visualisasi interaktif dan pelbagai aplikasi atas talian berkaitan banci seperti Stats Geoportal yang menyediakan data banci dalam format geospatial interaktif bagi peringkat kawasan geografi terkecil sehingga ke peringkat daerah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali