Program Maxis eKelas 2019 (Penggal 1)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 & 9 Mac yang lalu, telah berlangsung Program Maxis eKelas 2019 bagi minggu 6 bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Kelas telah diadakan selama 2 hari, bermula hari Jumaat petang sehingga pukul 6 petang pada hari Sabtu. EKelas ini menawarkan tiga subjek iaitu Baha Inggeris, Matematik dan Sains.

Dalam kelas Bahasa Inggeris, pelajar telah belajar membaca skrip dalam Bahasa Inggeris untuk persiapan pertandingan drama Bahasa Inggeris nanti. Pada 9 Mac, pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan berdasarkan silibus yang diajar. Pelajar sangat bersemangat dan memberikan kerjasama dalam menjalankan `experiment` semasa kelas berlangsung. Hasil tugasan akan di muat naik ke laman Portal eKelas. Pelajar Tingkatan 4 & 5 belajar menggunakan `Learning Port`.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali