Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet (PI) Urban Poor – Kuala Lumpur & Selangor

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 & 24 Februari yang lalu, telah berlangsung Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet (PI) Urban Poor – Kuala Lumpur & Selangor bagi Latihan Lestari Siri IV dan Majlis Graduasi kepada Pengurus dan Penolong Pengurus oleh Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Semasa program berlangsung, antara modul yang dipelajari adalah kelas WordPress dan Penggunaan Microsoft Office Excel – Pengurusan kewangan disampaikan oleh Encik Abdul Aziz Bin Nordin dan Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimi Bin Yusoff. Pada hari berikutnya, Staf Pusat Internet Urban Poor terlibat dengan majlis graduasi setelah 2 tahun mengikuti Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi dari Universiti Malaysia Kelantan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali