Program Sayangi Komuniti dan Karnival Kerjaya

17 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November yang lalu telah berlangsung Program Sayangi Komuniti dan Karnival Kerjaya di perkarangan PPR Seri Semarak yang dianjurkan oleh pihak JKKK PPR Seri Semarak dengan kerjaya Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Persatuan Penduduk dari PA DBKL Desa Rejang dan PPR Kg. Baru Air Panas. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pameran kesihatan daripada pelbagai Klinik kesihatan, IPD Cawangan Wangsa Maju, Jobstreet Malaysia, Kolej-Kolej, sukaneka dan sebagainya.

Seramai lebih 300 orang komuniti yang hadir memeriahkan hari terbuka ini. Antara aktivti yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, booth jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan sebagainya. Kesemua staf Urban Poor Wilayah Tengah terlibat untuk menjayakan Program Sayangi Komuniti dan Karnival Kerjaya. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di booth Pusat Internet untuk memberi kesedaran tentang keselamatan internet dan mempromosikan perkhimatan yang disediakan di Pusat Internet. Antaranya seperti Demostrasi 3D Printer, Kuiz Advokasi, Rapid Typing, Puzzle Hari Kemerdekaan, dan Mobile eWaste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali