Misi Digital Raya Bersama eKelas

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei yang lalu, telah berlangsung Misi Digital Raya Bersama eKelas bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Kelas ini berlangsung selama satu jam sahaja dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Pelajar diberi arahan oleh cikgu untuk menyiapkan misi mereka dan memuat naik ke laman Portal eKelas untuk mendapatkan ganjaran yang menarik. Peserta melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk menyiapkan dekorasi raya di dalam pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali