Kelas ICT - Asas Komputer & Microsoft Office Word (Part 2)

9 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT - Asas Komputer & Microsoft Office Word (Part 2) bersama warga emas dari komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Peserta merupakan warga emas yang tidak pernah menggunakan komputer dan peranti elektronik yang lain seperti telefon pintar.

Beliau sangat berminat untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan melayari internet. Peserta belajar menggunakan fungsi-fungsi asas di dalam Microsoft Office Word. Pembelajaran akan berulang sehingga peserta pandai menggunakan komputer dan menggunakan Microsoft Office Word tanpa bantuan staf Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali