Kelas ICT - Asas Komputer & Microsoft Office Word (Part 1)

5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari yang lalu, telah berlangsung kelas asas komputer, internet dan Microsoft Office Word bersama warga emas dari komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Peserta merupakan warga emas yang penah bekerja menggunakan mesin menaip dan tidak pernah menggunakan komputer.

Beliau sangat berminat untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan melayari internet. Sebelum ini peserta hanya menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan menggunakan media social. Peserta diajar menggunakan komputer seperti menaip dan menggerakkan tetikus. Selain itu, peserta diajar melayari internet menggunakan `Google`.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali