Kelas ICT-Pengenalan Kepada Komputer & Email

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019 yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT – Pengenalan Kepada Komputer & Email bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 3 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Para Peserta merupakan pelajar tingkatan 1-3 dan darjah 4, 5 dan 6 yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet.

Peserta ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kerja khusus menggunakan Microsoft Office Word. Para Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Word seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Peserta juga diajar menggunakan internet untuk membuat carian di Google dan cara membuat email. Peserta dibantu oleh tenaga pengajar sehingga tugasan beliau selesai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali