Program Internet Use It Right Bersama Pelajar UiTM

08 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 dan 7 September yang lalu, telah berlangsung Program Internet? Use It Right! Bersama Pelajar UiTM Shah Alam,Selangor. Program berlangsung selama 2 hari di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam, Selangor. Program sepanjang 2 hari ini telah dibahagikan sebanyak 3 sesi.

Peserta yang menyertai program ini, telah diperkenalkan tentang Pusat Internet dan perkhidmatan yang ditawarkan, taklimat advokasi seperti Sebenarnya.MY, esisa, Klik Dengan Bijak dan Mycomm. Selepas sesi taklimat peserta diuji dengan kuiz kahoot dan diminta menyiapkan video penderk berdurasi 2 minit bertemakan Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali