Openday PI Parlimen Setiawangsa

29 April 2018 | Aktiviti Terkini

Majlis Openday Pusat Internet Parlimen Setiawangsa ini merupakan kombinasi tiga Pusat Internet didalam satu kawasan Parlimen yang sama iaitu PPR Kg Baru Air Panas, PPR Seri Semarak dan PA DBKL Desa Rejang. Program ini berlangsung pada 28 April 2018 di Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk komuniti setempat.

Antaranya sepserti pendaftaran keahlian secara percuma , pameran dan agensi kerajaan dan NGO, pemeriksaan kesihatan dari KKM, pendaftaran Portal eKelas, pameran KDB dan ewaste, demonstrasi kebakaran dari anggota BOMBA dan Penyelamat serta cabutan bertuah. Majlis Openday ini merupakan program wajib setiap tahun untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet dan mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat dan staf Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali