Kelas ICT - Microsoft Office Word

24 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober yang lalu, Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang telah mengadakan kelas ICT menggunakan Microsoft office word bersama komuniti PA DBKL Desa rejang. Kelas ini adalah sambungan dari Kelas ICT mendaftar akaun Gmail pada 16 Oktober yang lalu. Kelas telah diadakan selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Peserta telah diajar menggunakan fungsi-fungsi didalam Microsoft office word. Antaranya seperti mengedit gambar, membuat jadual, graf dan chart, cara untuk `save` file, mencipta dokumen, dan menukar format file ke PDF. Peserta diberi tugasan untuk menguji tahap kefahaman semasa kelas berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali