Kelas ICT : Asas Komputer & Internet

24 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Peserta kelas ICT ini merupakan komuniti dari PA DBKL Desa Rejang dan amat berminat mempelajari asas-asas komputer dan internet untuk tujuan keusahawanan. Peserta merupakan orang istimewa dan sangat berminat untuk mahir dalam menggunakan komputer. Proses pembelajaran akan diadakan secara berterusan untuk memastikan peserta dapat menjadi mahir menggunakan komputer.

Setiap hari kelas akan berlangsung selama 2 jam termasuk mengulangkaji pembelajaran terdahulu untuk menguji kefahaman peserta di dalam kelas. Kelas ini diadakan pada 23 Julai 2018 di Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang. Disebabkan peserta yang menyertai kelas ini telah berusia jadi sesi pembelajaran mengikut tahap kecekapan dan kefahaman pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali