Kelas ICT Bersama Persatuan Penduduk PA DBKL Desa Rejang

26 April 2018 | Aktiviti Terkini

Para peserta kelas ICT ini dari Persatuan Penduduk PA DBKL Desa Rejang. Mereka berminat untuk memahirkan diri menggunakan komputer dan melayari internet. Kelas ICT ini disambung untuk pembelajaran seterusnya, pelajar diuji pembelajaran sesi lepas untuk menguji tahap kefahaman. Seterusnya peserta menggunakan software `rapid typing` untuk memahirkan jari untuk menaip dan mengenal huruf,nombor dan symbol.

Selain itu, pelajar diajar menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan pada 25 April 2018 di Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang. Disebabkan peserta yang menyertai kelas ini telah berusia jadi sesi pembelajaran mengikut tahap kecekapan dan kefahaman pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali