Kelas ICT Asas Komputer Dan Internet

14 April 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT ini diadakan secara individu kepada warga emas yag berminat untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan internet. Permulaan kelas peserta didedahkan tentang asas-asas komputer. Seterusnya mempelajari cara menggunakan internet seperti menggunakan `search engine`, youtube, Gmail dan banyak lagi.

Kelas ini diadakan pada 13 April 2018, pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Disebabkan peserta agak berusia, sesi pembelajaran akan diajar bersesuai dengan tahap kecekapan peserta untuk memahami pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali