Kelas ICT – Asas Komputer dan Internet

03 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober yang lalu telah berlangsung Kelas ICT – Asas Komputer dan Internet bersama 2 orang komuniti Pa DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Kelas ini akan bersambung sehingga peserta mahir menggunakan komputer tanpa bantuan staf Pusat Internet.

Permulaan kelas, peserta belajar asas komputer dan internet sebelum belajar dengan lebih mendalam menggunakan komputer. Peserta diajar cara menghidupkan komputer , menutup komputer, komponen komputer serta fungsi-fungsinya. Bagi kemahiran untuk menaip, peserta digalakkan menggunakan `rapid typing software` untuk membantu mengenal kedudukan huruf, nombor dan simbol di papan kekunci.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali